Monday, September 17, 2012

Gambar di Pagi Hari Raya 2012

Agak ketinggalan nak letak gambar raya..sebenarnya sekeping gambar pon ibu tak amik untuk simpanan sendiri..tersangat bz menyiapkan anak-anak dan diri sendiri..tapi mujur ade sepupu seorang photographer amik gambar kami secara spontan..
*kalo perasan ade watermark kat setiap pic*


2012 Keluargaku



Anak-anakku *comel-comel semua*



Muhammad Zarif Tharwan 5 tahun



Muhammad Ariq Ikhwan 1 tahun 5 bulan



Nur Almira Humaira 3 bulan


Tu saja gambar raya kami tahun ni..sedey gambar tak banyak..insyaAllah tunggu tahun depan pulak semua anak-anak2 dah besar... :)



Monday, July 30, 2012

Ahli Keluarga Baru Lagi...

As Salam...

Waaa memang sudah lama tak jengah blog ni. Alih-alih tuan blog ni dah ada ahli keluarga baru lagi..baru pun tak baru dah habis pantang pon nak masuk 2 bln setengah.. Hehe Alhamdulillah, rezeki pemberian Allah. Sekarang dah tak boleh sebut anak, kene sebut anak-anak dah la lepas ni :) ... Well, ofkos nak tayang gambar orang baru tu lebih-lebih lagi anak perempuan yang diinginkan... :)






NUR ALMIRA HUMAIRA BINTI MD AZWAN
D.O.B : 15.5.2012 / 10.41 a.m
3.03 kg
Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka.





Monday, February 06, 2012

1st Bash Birthday !!!

Pic was taken 24 Jan 2012
Muhammad Zarif Tharwan & Muhammad Ariq Ikhwan



Salam,

Happy Birthday to my Muhammad Ariq Ikhwan, 1 tahun dah umurnya (5.2.2012)...sgt cepat masa berlalu...semoga menjadi anak yang soleh n berguna di dunia & akhirat...sayang kamu ♥

*dah boleh berjalan
*gigi atas 4 batang, bawah 2 batang
*suka main bola & baa baa cakk!! ngan abg Tharwan
*suka makan roti gardenia coklat (nampak je ibu pegang roti dah sengih2)
*berambut kerinting (ikut ibu masa kecik2 dulu)
*x boleh dok main sorg2, mesti nak kene teman dia (susah btui nak wt keje..hehe)
*suka panjat tangga, dah panjat nak turun x reti
*kuat minum susu time tido malam
*pantang nampak org nak keluar nangis nak ngikut




Monday, November 07, 2011

testing

Lama tak update blog tetiba nak testing2 bagai..ehemmm,
Gadget baru dapat :-P


Sunday, March 20, 2011

Merdeka sudahhh...!!!

Kembali bersiaran...

Hari ni 20.3.2011 bersamaan hari Ahad, 2 tarikh penting untuk diingati.

1) Besday my beloved sister aka mak ngah Tharwan & Ikhwan...
2) Lastday ibu Tharwan & Ikhwan berpantang 44 hari...yahoo...

Sekarang ni macam malas je nak updated blog...nape ye tak macam dulu...kadang2 ade je nak dicerita, kadang2 takde...hmmm...sebenarnye malas nak karang ayat...hihi...ok la ni ade gambar Ikhwan berumur 43 hari...




Ni pic makngah Tharwan & Ikhwan...sweet moment...








Monday, February 28, 2011

Welcome My Baby!!!

Salam,

Memperkenalkan ahli keluarga baru kami...




MUHAMMAD ARIQ IKHWAN BIN MD AZWAN
D.O.B : 5.2.2011 / 6.27 a.m
2.97 kg
HPAK, Melaka.





Sunday, January 30, 2011

38 weeks

Waaaahhh...entry ni dibuat msudah 38weeks 5days. Khamis lepas 27hb ade check up lagi, timbang berat naik balik dalam masa 2 minggu 66.7kg. Masa minggu yang 36 weeks tu tak selera nak makan sebab demam 64.4kg kira naik banyak gak tu.

Masa sampai hospital parking plak penuh, 2 round ayah Tharwan cari parking tp x dapat gak. Last-last ayah Tharwan suh gi naik dulu sbb masa tu pon jam dah 4.30ptg. Naik2 je tengok lengang je n sah2 terus kene panggil, doktor xde gak gi visit patient kat wad. Takpe gak sbb ayah Tharwan n Tharwan masih belum muncul sampaikan ibu suh asst. doktor panggil patient lain masuk dulu bile doktor dah masuk klinik dia. Air ketuban cukup, anggaran berat baby 2.9 kg...dan berita yang ditunggu-tunggu kepala baby dah enggaged ke laluan dia. Doktor kata bila-bila masa je baby nak kuar dan dalam buku ade tulis 3/5 baby dah turun. Waaa...nebesnyeeeee...ayah Tharwan pon dah x senang duduk gak. Hihi....

Sekarang ni makan manyak wooo...4jam lepas makan cari lagi makanan nak di ngap. Selalunya selang seli makanan berat ngan makanan ringan. Paling sempoi pon bancuh milo pastu cicah ngan biskut kering pon dah memadai. Tak pon suh wan Tharwan buat sambal ikan bilis lawankan dengan roti kosong Gardenia. Tu kira subjek makanan antara pukul 12 tengahmalam-7 pagi. Hehe...ibu Tharwan punya waktu tido terbalik ok...malam-malam cam tu time ibu Tharwan bergayut kat Google Talk dengan ayah Tharwan sambil berbaring-baring atas katil layan game kat fesbuk.

Aktiviti harian sama je tak de apa yang menarik cuma menunggu hari2 mendatang. Tharwan yang semakin notti & x leh kene marah ckit dah cebik2 bibir pastu jatuhkan badan dia atas lantai nak suruh pujuk..kene cakap baik-baik je dengan mamat tu tau...memang semua sabar je dok layan karenah dia. Tharwan pon tak sabar jugak nak tunggu adik dia keluar kadang-kadang dia kiss perut ibu pastu peluk-peluk. Sweet kan.

Erm...itu je la cerita masa minggu kandungan 38 weeks ni. Nanti sambung lagi. Asyik citer pasal pegnen je kan...hihi..nanti dah ade baby citer pasal ragam baby plak.



Sunday, January 16, 2011

36 weeks

Nampak tak widget countdown ticker kat sebelah ni. Hehe...dah 36 weeks maknanya dah cukup 9 bulan. Kira-kira 4 weeks je lagi tempoh pregnancy ibu Tharwan akan berakhir, tu pon kalo baby kuar ikut due, tapi ibu Tharwan harap biar la sampai 37 @ 38 weeks je, ni pon dah rasa tak larat nak carry perut.

13.1.2011 Khamis lepas gi check up dengan Dr Norhanisah. Berat badan ibu Tharwan turun sebanyak 2.1kg dalam jangka masa 2 minggu. Risau betul doktor, hehe...1 minggu sblm tu memang ibu Tharwan kurang selera makan sebab demam. Seminggu x jamah nasi dah gaya orang berdiet pulak. Makan pon bende-bende yang ringkas untuk alas perut selebihnya tido. Tak sihat betul aktiviti. Alhamdulillah Dr. kata perkembangan baby ok & air ketuban cukup cuma berat tu kurang pada ibu sahaja. Risau jugak kot-kot berat turun datang masalah pada baby.

Masa tunggu giliran tu lama la jugak tunggu Dr. sebab Dr. ada emergency operation. Hampir 1 jam gak la tunggu sampaikan Tharwan ajak balik bosan katanya. Hehe...tapi Tharwan sekarang dah behave tak macam dulu tak reti dok diam. Cuma kene rajin layan dia sembang la baru dia tak sempat cari idea nak buat apa.

Lepas tu Dr. suruh gi visit Labour Room. Macam tau-tau je memang nak visit LB tu cuma segan je nak cakap. Masuk LB pon dalam 3-4 minit je xde la lama. Perasaan dalam LB masa tu macam-macam plak dah terasa, ada la amik aura ckit boleh imagine camne nanti bile dah nak bersalin. Ayah Tharwan rileks je taktau dia fikir ape, Tharwan pon masuk visit skali hehe...lepastu tengok nursery ade bersusun baby dalam 6-7 orang. Comel je rasa tak sabar plak nak dukung baby ni. Selebihnya ada la tanya-tanya ckit kat nurse yang tengah bertugas time tu dan diberi penerangan. Ok jumpa next check up pada 27.1.2011 lagi 2 minggu, Dr. kata tu pon kalo belum bersalin lagi. Doakan semuanya selamat ye.. Amin...


Wednesday, January 05, 2011

Surpriseeeee....!!!!

Entry semalam ibu Tharwan bagitau ayah Tharwan tak dapat balik Melaka kan, takde angin ribut taufan tiba-tiba ayah Tharwan muncul dalam bilik lebih kurang kul 8 pagi tadi. Terkejut gak la sebab di beritahu tak jadi balik. Ingatkan dah takde peluang nak balik PD. Sukati je kan dah la balik pon tak call bgtau.

Masa taip entry ni dah kol 2 pagi, tapi ayah Tharwan gi jumpe member dia jap ade urusan bisnes. Memang selalu balik Melaka, ayah Tharwan mesti pegi jumpe kawan dia tu sebelum nak blk PD. Selalu dok cakap dalam fon je, kira bulan-bulan menabung kat Celcom! Tapi sekarang tak lagi sebab diorg leh komunikasi kat GoogleTalk. Wah, mengalahkan cewek cowok bercintan-cintun plak kan ayah Tharwan ngan member dia tu, tapi takpe ibu Tharwan bagi ayah Tharwan release kan tension time blk Melaka dengan syarat bawak ibu Tharwan gi cuci-cuci mata cket dulu. Hehe....

Haizzz...ni tak tau la kol berapa nak gerak balik PD. Barang-barang semua dah packing, sempat jugak la siapkan beg baby untuk bawak ke hospital. Mana la tau kan tiba-tiba emergency barang semua dah sedia dalam kereta. Cuma beg untuk ibu je lom siapkan lagi, tumpang sementara dalam beg baby semua. Mata dah ngantuk, malam tadi sempat kuar gi makan bawak Wan Tharwan lepastu singgah Mydin jap. Wan Tharwan je yang banyak membeli topup keperluan rumah. Ayah Tharwan plak topup A4 paper untuk stok kedai & keperluan ckit-ckit je. Gambar takde nak share kat entry ni, nasib baik ada mood nak post entry ye. Harap-harap lepas ni bertambah-tambah rajin, xpe slow-slow.


Tuesday, January 04, 2011

Demam Rindukah???


Hari Isnin semalam tak tahu mane silap, bangun-bangun tido dah rase badan lain macam. Ohhhh tidak! ibu Tharwan DEMAM, Tharwan pulak srooottt sreeeettt selsema. Nasib baik la demam ibu Tharwan tak kuat cuma panas-panas manja je. Wan & Tok Abah Tharwan la yang take over uruskan Tharwan, ibu dah tak berapa nak larat sebab penangan pregnant 2nd baby ni perut cepat maju berbanding 1st pregnancy. Terima kasih banyak-banyak kat mak & abah menjaga kami 2 beranak ni lebih-lebih lagi karenah cucu kesayangan sorang tu.

Ikutkan ayah Tharwan nak balik Melaka semalam, tapi rancangan dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Tu la kot tetiba demam. Hihi...Planning kalo ayah Tharwan balik Melaka, ibu & Tharwan nak ikut balik ke PD. Tharwan dah sebulan duduk sini sejak cuti Awal Muharam tempoh hari. Risau dia bosan sebab dah berkali-kali jugak dia cakap nak balik Port Dickson. Ayah Tharwan pulak lebih senang kami duduk sini hingga ibu Tharwan selamat bersalin dan berpantang. Kalo kat PD susah jugak ayah Tharwan nak bahagikan masa nak jaga kedai n jenguk ibu & Tharwan. Dan alasan yang paling-paling kuat adalah kat sini dekat sikit dengan hospital kalo apa-apa hal berlaku kat ibu Tharwan. Plan pun memang nak bersalin kat Melaka jugak, kalo bersalin kat PD susah jugak takde sapa nak handle Tharwan dan hospital PD pon jauh lebih kurang 20-30 minit.

Hehe...tu la, tak dapat dah nak balik PD untuk menghabiskan sisa-sisa cukup 36 weeks pada 13 Jan 2011 nanti. Tunggu lepas habis pantang baru boleh balik PD.



Cuci mata sikit, Tharwan bakal bergelar abang. 3 tahun 4 bulan time ni. Harap-harap Tharwan dapat sesuaikan diri nanti ye bila dah ada adik.



Monday, January 03, 2011

Happy New Year 2011

Kembali bersiaran...

Tak sempat nak bersihkan sawang kat blog ni tp tetap nak wish to all Happy New Year 2011...

Lame blog x update 7 bulan lama rasanya. Mood dah tak tahu mana pergi lebih-lebih lagi sekarang tengah mengandungkan adik Tharwan..hihi..updated terkini 34weeks sudah anggaran berat baby 2.4kg...berat ibu 66.5kg...wahhhh mcm x percaya, 1st time seumur hidup seberat itu. Last mengandungkan Tharwan pon sebelum bersalin 63.5kg. 2nd pregnancy ada mcm over ckit . Tapi tak pe, lagi penting anak di dalam kandungan sihat sempurna. Tempoh berpantangkan ada. Hehe... Due date bersalin 9.2.2011 tambah tolak lebih kurang 1 bln dari sekarang...doakan ku selamat melahirkan yer...

Ni pic masa sambut besday moyang Tharwan 1.1.2011 baru2 ni...comey x mak buyong ni...hihi smue dah kembang2...





Wednesday, May 26, 2010

Happy Anniversary 4 years

Salam...



Hari ini 26 Mei 2010 genap sudah 4 tahun usia perkahwinan di antara Ibu dan Ayah Tharwan...

Pejam celik sekejap plak rasenye...Buat masa ni Muhammad Zarif Tharwan la satu2 nye buah hati ibu...muachx2...

Kata2 hati :

Amat berharap agar perkahwinanku ini akan kekal bahagia selama2nya dan kekal hingga ke akhir hayat...amin...~







Monday, May 03, 2010

Birthday Giveaway By Ieyza




As Salam...

1stly nak minta maaf kat ieyza sbb lambat join contest yang dibuat sempena nak menyambut besdaynya....ieyza, sori ye lambat join...u tgk la 2 entry bawah ni smuenye berkenaan ngan bad mood blogging ni sampai terlupa nak wat entry utk join contest ni...sib baik sempat lagi...



Ok...utk ieyza, saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 17 tahun kali kesepuluh dia tu...hihi..

Sape2 yang nak join klik je mana2 banner di atas tu..kat side bar pon ade...









Sunday, May 02, 2010

Aku dah bosannnn.....!!!



As Salam...

Waaaa....aku dah bosannnn....aku dah bosannnn...aku dah bosannnn....!!!
*ikut gaya Amy Search nyanyi ye...

Waaa...bukan tharwan yang bosan...gambar di bawah mewakili jiwa yang bergelora ibunye...hohhh...


Disebabkan 'perkara' itu, hati dan jiwa ibu tharwan makin tidak keruan...sape yang tau senyap suda...1 minggu takde blogwalking...dah berapa lame takde new posting...jiwa semakin memberontak membuak2 dan mcm2 mem mem mem la...haizzz...

p/s : sori ye kawan2 ibu Tharwan, tQ yang sudi singgah blog ni walaupon x berupdate...insyaAllah sedikit demi sedikit keadaan akan kembali seperti sedia kala...cuma feel macam dulu2 tu makan masa ckit...



Tuesday, April 13, 2010

MooOOoodddyyy...



As Salam...
Lame btul x updated..aritu janji nak post entry part 2 kat Tmn Buaya...
arrrghhhh....
x sempat nak upload pic dari laptop sbb masa wat entry tu last minute masa anak buah ayah Tharwan nak bawa pergi (pinjam) laptop...huhu...
yg ade cuma draft je kat dashboard ni...
picnye tarak...

Pic atas melambangkan jiwa ibu Tharwan alami sekarang...hihi...
Macam2 nak citer...
tp terpaksa guna pc merempat mcm pelarian skang ni... :)
Chow la....daaa~




Saturday, April 03, 2010

1st Day Taman Buaya & Rekreasi

As Salam...
Kali ni nak citer untuk kali & hari pertama Tharwan pegi Taman Buaya & Rekreasi Melaka...Masa tu hari Selasa 30.3.2010 ...waaa...mmg ayah Tharwan dh janji nak bwk kami sekeluarga ok pegi Taman Buaya & Rekreasi tu sbb dapat 2 kupon tiket buy 1 free 1 harga RM10 dewasa...camne leh dapat kupon tu ade citer kat sini...

Bertolak dari PD pukul 1.20ptg tp singgah dulu Maybank sbb ayah Tharwan ade urusan...lame btul tunggu 1/2jam lebih ade...tgk2 ayah Tharwan bwk payung Maybank...bukak akaun ASD utk Tharwan & insuran pendidikan (insuran pendidikan xconfirm sbb xdecide nak pilih insurance mane)...

Lpstu terus aje pecut menuju ke destinasi utama...ehehe..dlm perjalanan tu ade tempat2 mendung dan ujan lebat di Sg Udang...risau jugak takut2 hujan berterusan hingga ke Ayer Keroh...nasib menyebelahi sbb cuaca agak baik masa tu...

Smpai pon dh pkul 4.15ptg...lewat sgt dh...tp xpe la...asal dapat lepaskan hajat nak masuk Tmn Buaya dah cukup...cari2 jgk kolam mandi tu...ehehe...baju2 smue dh standby ...xde la rmai sgt pengunjung cuma ade 4 group termasuk kami...masa tu pon ade rombongan kanak2 tadika dh beratur2 nak blk...smpai2 aje ltk barang tnye Tharwan nak mandi x?...dia jwb x nak geleng2 kepala...waaa...sah xde kawan...ibu Tharwan pon cepat2 tukar baju sbb takut ujan turun lpstu dan terus masuk dlm kolam...nak suh Tharwan tgk ibu...ehehe...lpstu baru ibu dukung Tharwan bwk masuk dlm kolam...waa..sejukkkk...pelampung xde kene la Tharwan paut je ngan ibu...

Tak lama lpstu 20min kemudian ujan pun mula turun...aaaaaaaa....x puas lg...ibu Tharwan pon terpaksa akur salin balik pkaian kering...ujan masih belum reda...duduk la kami anak beranak dibawah payung besar...duduk atas meja, kaki atas kerusi...ayah Tharwan la dok dulu sbb lps salin pkaian je tgk2 Tharwan dan ayahnya dh duduk atas meja...ibu pon join la skali...lama jgk ujan turun 20min cmtu...kami pon ape lg...bukak camera gedik la amik gmbr syok sndiri...hihi...pic cuci mata...


Tunggu ayah pegi bank lame sgt...

Ibu, jom baca buku fruit salad....

Seram tgk buaya ni...dh lame x tgk life binatang2 buas...

Roller-coaster pon ade tp xtau hari bile dia bleh digerakkan...

Ayah & Tharwan menuju ke taman air...

Paut2 je la Tharwan cmni...x berani nak lepaskan dia...

Best ayahhhh.... (ayah x turun mandi pon)

Buah hati ayah...

Kekasih hati ibu...

Our memories.....

* Dlm kereta saje2 cakap ngan Tharwan...best x mandi kolam....Tharwan kata besttttt...pjg bunyi dia...hihi...pastu ibu saje je la cakap...esok ajak ayah pegi lagi ehhhh...ayah Tharwan diam je xde bunyi...diam tandanya setuju kan...tggu entry 2nd day plak ehh...



Friday, April 02, 2010

Semoga Panjang Umur Abah...



As Salam..
Lewat 1 hari nak ucap...
.
.
.
.
.
Selamat Hari Lahir Abah...
Semoga panjang usia...diberikan kesihatan yang baik...dimurahkan rezeki hendakNya...smoga abah dapat apa yang abah hajati...dan hepi selalu~... amin...

1.4.2010 genap usia abah 56 tahun...
tarikh yang x akan dilupakan sama mcm tahun2 yang lalu... :)
kali ni x sempat nak raikan besday abah...tahun lepas dapat jugak belikan kek dan kebetulan masa tu blk Mlk..
tp tahun ni insyaAllah abah kata nak buat kenduri doa selamat minggu depan...

Tengok pic ni...hihi ade style lah abah...time ni Hari Raya tahun 2009 (thn lepas la)...
blk kampung abah kat Kuala Kangsar...
lpstu reramai pegi Taiping mkn2 n men bowling...

Seorang yang peramah...suka bergurau senda...suka layan karenah cucu kesayangan buat masa ni Tharwan sorang la - bawak round2 nek motor & gi jln2...insyaAllah harap2 ade penambahan cucu kemudian nanti (tunggu paklong Tharwan & makngah Tharwan lak)...sangat rajin...kalo weekend je ade je la bende nak buat mcm mesin rumput / bersih2kan kawasan umah mmg xde rehat...rehat pon kejap2 utk ilangkan letih & mengantuk...bwk family gi jln2...dan paling x lupa masa ibu Tharwan form 4 & 5 sekolah teknik Bkt Katil tiap2 pagi hantar pegi sekolah & jemput balik dari sekolah dari Batu Berendam - Bukit Katil 20 min perjalanan, kalo terlambat siapkan...suh abah bwk laju ckit ngan muka toya je dah tu siap dok seat blkg lak tu mcm big bos...2 tahun tu...pengorbanan seorg bapa...
Terima Kasih Abah segala pengorbananmu kusanjung...




Thursday, April 01, 2010

Enfagrow A+



As Salam...

Ni la hari2 susu yang Tharwan minum...saja nak letak dlm blog ni..sok2 Tharwan dh besar dia leh tau...dari lahir Tharwan sempat minum susu ibu 1 minggu..lepas tu dah kene campur ngan susu formula...masalahnya hanya fmly ibu Tharwan je yg tau...ayah Tharwan siap beli pump susu 2 jenis lg...1 yg manual (lenguh nak pump)..1 lg pureen bateri orepate tu (sakit le plak dia suck)...hm..nak buat cmne...sbln lps tu susu pun makin lama makin kurang...Tharwan pon fully la susu formula...mcm2 la susu yg pernah ibu cuba dari dumex (2-3 hari baru skali berak)...masa smpai 6 bln tu mcm2 trial susu ibu kasi Tharwan...masuk je 6 bln ibu terus tukar ke Enfapro A+...stick sampai skang ni Tharwan 2 thn 7bln minum Enfagrow A+ Vanilla susu keluaran MeadJohnson ni...

Mahal x bleh kata la..mmg kalo beli susu ni merata dok banding2kan harga mane yg murah...kalo kat PD slalu beli kat kedai sensei...skang ni dah terjumpa tmpt yg lagi murah...

Tu pic kat atas tu blk Mlk smlm, ayah Tharwan borong susu Tharwan ni 3 kotak..
1kotak = 3pek dlm dia...harga RM95.80...so 1 pek jatuh harga RM32.++ ...kalo beli 1 kotak yg 1pek tu dah harga RM37.++ ...huhu...x boleh2...mmg ibu suh ayah Tharwan grab susu ni...

1 pek susu tu leh tahan 5-6 hari...so skg ni ade 8 pek...next time kalo ade blk Mlk mmg nak beli lg...

p/s : eiyza83 kata kat Batu Pahat lg murah..RM93.90 1 kotak = 3pek...huhu...untung sape dok sana... :)