Sunday, January 16, 2011

36 weeks

Nampak tak widget countdown ticker kat sebelah ni. Hehe...dah 36 weeks maknanya dah cukup 9 bulan. Kira-kira 4 weeks je lagi tempoh pregnancy ibu Tharwan akan berakhir, tu pon kalo baby kuar ikut due, tapi ibu Tharwan harap biar la sampai 37 @ 38 weeks je, ni pon dah rasa tak larat nak carry perut.

13.1.2011 Khamis lepas gi check up dengan Dr Norhanisah. Berat badan ibu Tharwan turun sebanyak 2.1kg dalam jangka masa 2 minggu. Risau betul doktor, hehe...1 minggu sblm tu memang ibu Tharwan kurang selera makan sebab demam. Seminggu x jamah nasi dah gaya orang berdiet pulak. Makan pon bende-bende yang ringkas untuk alas perut selebihnya tido. Tak sihat betul aktiviti. Alhamdulillah Dr. kata perkembangan baby ok & air ketuban cukup cuma berat tu kurang pada ibu sahaja. Risau jugak kot-kot berat turun datang masalah pada baby.

Masa tunggu giliran tu lama la jugak tunggu Dr. sebab Dr. ada emergency operation. Hampir 1 jam gak la tunggu sampaikan Tharwan ajak balik bosan katanya. Hehe...tapi Tharwan sekarang dah behave tak macam dulu tak reti dok diam. Cuma kene rajin layan dia sembang la baru dia tak sempat cari idea nak buat apa.

Lepas tu Dr. suruh gi visit Labour Room. Macam tau-tau je memang nak visit LB tu cuma segan je nak cakap. Masuk LB pon dalam 3-4 minit je xde la lama. Perasaan dalam LB masa tu macam-macam plak dah terasa, ada la amik aura ckit boleh imagine camne nanti bile dah nak bersalin. Ayah Tharwan rileks je taktau dia fikir ape, Tharwan pon masuk visit skali hehe...lepastu tengok nursery ade bersusun baby dalam 6-7 orang. Comel je rasa tak sabar plak nak dukung baby ni. Selebihnya ada la tanya-tanya ckit kat nurse yang tengah bertugas time tu dan diberi penerangan. Ok jumpa next check up pada 27.1.2011 lagi 2 minggu, Dr. kata tu pon kalo belum bersalin lagi. Doakan semuanya selamat ye.. Amin...


No comments: