Sunday, January 30, 2011

38 weeks

Waaaahhh...entry ni dibuat msudah 38weeks 5days. Khamis lepas 27hb ade check up lagi, timbang berat naik balik dalam masa 2 minggu 66.7kg. Masa minggu yang 36 weeks tu tak selera nak makan sebab demam 64.4kg kira naik banyak gak tu.

Masa sampai hospital parking plak penuh, 2 round ayah Tharwan cari parking tp x dapat gak. Last-last ayah Tharwan suh gi naik dulu sbb masa tu pon jam dah 4.30ptg. Naik2 je tengok lengang je n sah2 terus kene panggil, doktor xde gak gi visit patient kat wad. Takpe gak sbb ayah Tharwan n Tharwan masih belum muncul sampaikan ibu suh asst. doktor panggil patient lain masuk dulu bile doktor dah masuk klinik dia. Air ketuban cukup, anggaran berat baby 2.9 kg...dan berita yang ditunggu-tunggu kepala baby dah enggaged ke laluan dia. Doktor kata bila-bila masa je baby nak kuar dan dalam buku ade tulis 3/5 baby dah turun. Waaa...nebesnyeeeee...ayah Tharwan pon dah x senang duduk gak. Hihi....

Sekarang ni makan manyak wooo...4jam lepas makan cari lagi makanan nak di ngap. Selalunya selang seli makanan berat ngan makanan ringan. Paling sempoi pon bancuh milo pastu cicah ngan biskut kering pon dah memadai. Tak pon suh wan Tharwan buat sambal ikan bilis lawankan dengan roti kosong Gardenia. Tu kira subjek makanan antara pukul 12 tengahmalam-7 pagi. Hehe...ibu Tharwan punya waktu tido terbalik ok...malam-malam cam tu time ibu Tharwan bergayut kat Google Talk dengan ayah Tharwan sambil berbaring-baring atas katil layan game kat fesbuk.

Aktiviti harian sama je tak de apa yang menarik cuma menunggu hari2 mendatang. Tharwan yang semakin notti & x leh kene marah ckit dah cebik2 bibir pastu jatuhkan badan dia atas lantai nak suruh pujuk..kene cakap baik-baik je dengan mamat tu tau...memang semua sabar je dok layan karenah dia. Tharwan pon tak sabar jugak nak tunggu adik dia keluar kadang-kadang dia kiss perut ibu pastu peluk-peluk. Sweet kan.

Erm...itu je la cerita masa minggu kandungan 38 weeks ni. Nanti sambung lagi. Asyik citer pasal pegnen je kan...hihi..nanti dah ade baby citer pasal ragam baby plak.



Sunday, January 16, 2011

36 weeks

Nampak tak widget countdown ticker kat sebelah ni. Hehe...dah 36 weeks maknanya dah cukup 9 bulan. Kira-kira 4 weeks je lagi tempoh pregnancy ibu Tharwan akan berakhir, tu pon kalo baby kuar ikut due, tapi ibu Tharwan harap biar la sampai 37 @ 38 weeks je, ni pon dah rasa tak larat nak carry perut.

13.1.2011 Khamis lepas gi check up dengan Dr Norhanisah. Berat badan ibu Tharwan turun sebanyak 2.1kg dalam jangka masa 2 minggu. Risau betul doktor, hehe...1 minggu sblm tu memang ibu Tharwan kurang selera makan sebab demam. Seminggu x jamah nasi dah gaya orang berdiet pulak. Makan pon bende-bende yang ringkas untuk alas perut selebihnya tido. Tak sihat betul aktiviti. Alhamdulillah Dr. kata perkembangan baby ok & air ketuban cukup cuma berat tu kurang pada ibu sahaja. Risau jugak kot-kot berat turun datang masalah pada baby.

Masa tunggu giliran tu lama la jugak tunggu Dr. sebab Dr. ada emergency operation. Hampir 1 jam gak la tunggu sampaikan Tharwan ajak balik bosan katanya. Hehe...tapi Tharwan sekarang dah behave tak macam dulu tak reti dok diam. Cuma kene rajin layan dia sembang la baru dia tak sempat cari idea nak buat apa.

Lepas tu Dr. suruh gi visit Labour Room. Macam tau-tau je memang nak visit LB tu cuma segan je nak cakap. Masuk LB pon dalam 3-4 minit je xde la lama. Perasaan dalam LB masa tu macam-macam plak dah terasa, ada la amik aura ckit boleh imagine camne nanti bile dah nak bersalin. Ayah Tharwan rileks je taktau dia fikir ape, Tharwan pon masuk visit skali hehe...lepastu tengok nursery ade bersusun baby dalam 6-7 orang. Comel je rasa tak sabar plak nak dukung baby ni. Selebihnya ada la tanya-tanya ckit kat nurse yang tengah bertugas time tu dan diberi penerangan. Ok jumpa next check up pada 27.1.2011 lagi 2 minggu, Dr. kata tu pon kalo belum bersalin lagi. Doakan semuanya selamat ye.. Amin...


Wednesday, January 05, 2011

Surpriseeeee....!!!!

Entry semalam ibu Tharwan bagitau ayah Tharwan tak dapat balik Melaka kan, takde angin ribut taufan tiba-tiba ayah Tharwan muncul dalam bilik lebih kurang kul 8 pagi tadi. Terkejut gak la sebab di beritahu tak jadi balik. Ingatkan dah takde peluang nak balik PD. Sukati je kan dah la balik pon tak call bgtau.

Masa taip entry ni dah kol 2 pagi, tapi ayah Tharwan gi jumpe member dia jap ade urusan bisnes. Memang selalu balik Melaka, ayah Tharwan mesti pegi jumpe kawan dia tu sebelum nak blk PD. Selalu dok cakap dalam fon je, kira bulan-bulan menabung kat Celcom! Tapi sekarang tak lagi sebab diorg leh komunikasi kat GoogleTalk. Wah, mengalahkan cewek cowok bercintan-cintun plak kan ayah Tharwan ngan member dia tu, tapi takpe ibu Tharwan bagi ayah Tharwan release kan tension time blk Melaka dengan syarat bawak ibu Tharwan gi cuci-cuci mata cket dulu. Hehe....

Haizzz...ni tak tau la kol berapa nak gerak balik PD. Barang-barang semua dah packing, sempat jugak la siapkan beg baby untuk bawak ke hospital. Mana la tau kan tiba-tiba emergency barang semua dah sedia dalam kereta. Cuma beg untuk ibu je lom siapkan lagi, tumpang sementara dalam beg baby semua. Mata dah ngantuk, malam tadi sempat kuar gi makan bawak Wan Tharwan lepastu singgah Mydin jap. Wan Tharwan je yang banyak membeli topup keperluan rumah. Ayah Tharwan plak topup A4 paper untuk stok kedai & keperluan ckit-ckit je. Gambar takde nak share kat entry ni, nasib baik ada mood nak post entry ye. Harap-harap lepas ni bertambah-tambah rajin, xpe slow-slow.


Tuesday, January 04, 2011

Demam Rindukah???


Hari Isnin semalam tak tahu mane silap, bangun-bangun tido dah rase badan lain macam. Ohhhh tidak! ibu Tharwan DEMAM, Tharwan pulak srooottt sreeeettt selsema. Nasib baik la demam ibu Tharwan tak kuat cuma panas-panas manja je. Wan & Tok Abah Tharwan la yang take over uruskan Tharwan, ibu dah tak berapa nak larat sebab penangan pregnant 2nd baby ni perut cepat maju berbanding 1st pregnancy. Terima kasih banyak-banyak kat mak & abah menjaga kami 2 beranak ni lebih-lebih lagi karenah cucu kesayangan sorang tu.

Ikutkan ayah Tharwan nak balik Melaka semalam, tapi rancangan dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Tu la kot tetiba demam. Hihi...Planning kalo ayah Tharwan balik Melaka, ibu & Tharwan nak ikut balik ke PD. Tharwan dah sebulan duduk sini sejak cuti Awal Muharam tempoh hari. Risau dia bosan sebab dah berkali-kali jugak dia cakap nak balik Port Dickson. Ayah Tharwan pulak lebih senang kami duduk sini hingga ibu Tharwan selamat bersalin dan berpantang. Kalo kat PD susah jugak ayah Tharwan nak bahagikan masa nak jaga kedai n jenguk ibu & Tharwan. Dan alasan yang paling-paling kuat adalah kat sini dekat sikit dengan hospital kalo apa-apa hal berlaku kat ibu Tharwan. Plan pun memang nak bersalin kat Melaka jugak, kalo bersalin kat PD susah jugak takde sapa nak handle Tharwan dan hospital PD pon jauh lebih kurang 20-30 minit.

Hehe...tu la, tak dapat dah nak balik PD untuk menghabiskan sisa-sisa cukup 36 weeks pada 13 Jan 2011 nanti. Tunggu lepas habis pantang baru boleh balik PD.



Cuci mata sikit, Tharwan bakal bergelar abang. 3 tahun 4 bulan time ni. Harap-harap Tharwan dapat sesuaikan diri nanti ye bila dah ada adik.



Monday, January 03, 2011

Happy New Year 2011

Kembali bersiaran...

Tak sempat nak bersihkan sawang kat blog ni tp tetap nak wish to all Happy New Year 2011...

Lame blog x update 7 bulan lama rasanya. Mood dah tak tahu mana pergi lebih-lebih lagi sekarang tengah mengandungkan adik Tharwan..hihi..updated terkini 34weeks sudah anggaran berat baby 2.4kg...berat ibu 66.5kg...wahhhh mcm x percaya, 1st time seumur hidup seberat itu. Last mengandungkan Tharwan pon sebelum bersalin 63.5kg. 2nd pregnancy ada mcm over ckit . Tapi tak pe, lagi penting anak di dalam kandungan sihat sempurna. Tempoh berpantangkan ada. Hehe... Due date bersalin 9.2.2011 tambah tolak lebih kurang 1 bln dari sekarang...doakan ku selamat melahirkan yer...

Ni pic masa sambut besday moyang Tharwan 1.1.2011 baru2 ni...comey x mak buyong ni...hihi smue dah kembang2...